-->

LiKu2 pErjaLanAn hiDupkU


| [tutup]
...&=md5("m458da484bpa2g64"."\t".$avatar_url."\t".$profile_url)?>

Tuesday, January 24, 2012

nAsi Air ~kecurrrrrr~





Bahan-bahan (nasi) 3-4 orang

1 cawan beras
4 cawan air
3 hiris halia
Sedikit garam

Bahan-bahan (sup daging)

1 kg daging
5 ulas bawang merah – ditumbuk
2 ulas bawang putih – ditumbuk
1 inci halia – ditumbuk
Kulit kayu manis, buah pelaga
Bunga lawang, bunga cengkih
1 kiub stok daging
Minyak masak
Garam
Air

Bahan-bahan lain

Sayur kangkung – dicelur
Ikan bilis goreng
Telur masin
Lobak masin
Daun sup
Cili merah

Cara-cara (nasi)


  1. Cuci beras beberapa kali. Masukkan kesemua bahan dalam periuk. Panaskan di atas api yang perlahan dan kacau selalu supaya nasi tidak hangit. Jika kering, tambah sedikit air.
  2. Kacau sehingga menjadi nasi yang lembik (macam bubur tapi lebih pekat). Padamkan api bila dah siap.


Cara-cara (sup daging)


  1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan rempah ratus sehingga layu. Kemudian masukkan air.
  2. Bila mendidih, masukkan daging, stok daging dan garam. Masak sehingga daging empuk.


Cara Hidangan


  1. Masukkan nasi ke dalam mangkuk. Curah sup daging ke atas nasi. Masukkan sayur kangkung, ikan bilis goreng, telur masin, lobak masin, daun sup dan cili merah. Nak makan dengan sambal kicap dan perah limau nipis pun boleh juga.

Beza Nasi Air dan Bubur Nasi

Nasi Air ni popular di Terengganu dan Kelantan. Sebenarnya ramai yang tersilap, mereka ingat Nasi Air ialah Bubur Nasi. Beza Nasi Air dengan Bubur Nasi ialah cara penyediaan. Nasi Air juga sepatutnya lebih pejal berbanding Bubur Nasi. Nasi Air biasa dimakan dengan ikan bilis goreng dan telur masin.
Posted by anum in D a hOusE at Tuesday, January 24, 2012
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

1 comment:

  1. anum in D a hOusEJanuary 24, 2012 at 6:43 PM

    zaman sekolah dlu2 selalu lh lepak kt kedai mkn n mkn nasi air nih hehehehe rndu lak zaman2 dlu.. :P

    ReplyDelete
    Replies
      Reply
Add comment
Load more...

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)


 Org tgh skOdeng

Feedjit

tiMe'S

Chat Box

About Me

anum in D a hOusE
just be simple person :D
View my complete profile
My Ping in TotalPing.com

siNcere to heLp me??

gEng

Blog Archive

  • Aug (1)
  • Jul (5)
  • Jun (4)
  • May (1)
  • Mar (1)
  • Feb (5)
  • Jan (23)
  • Nov (4)
  • Oct (1)
zwani.com myspace graphic comments
ALLAH S.W.T FOREVER
Daisypath Happy Birthday tickers

~coMpLete My Life~

~jUst 4 yOu~

Travel theme. Powered by Blogger.